Pages

Tuesday, March 15, 2011

Kalau lah.... dapat kereta ni

Anda pernah dengar pen bersalut emas?
tak pelik bukan?
Kalau gigi bersalut emas?
Dah selalu nampak..
Kalau jam atau berang kemas bersalut emas?
lagi laa tak pelik sebab selalu jumpa...
Jongkong emas?
Banyak tapi kat kedai la kn? hehe
Tp pernahkah anda lihat kereta bersalut emas?
Lihat gambar di bawah.

Nasib baik la lampu tak di salut emas sekali kan?
Kalau tak...... pikir-pikir laa sendiri.

Mungkin ini ekzos yang termahal di dunia.
Perh.. tempat pijak pon disalut emas... aduhai...
Kalau di Malaysia.. Mat rempit yang langgar side mirror kereta ni mesti dia yang jatuh tergolek bukan side mirror yang pecah
.
Kalau tak dapat curi kereta emas ini.. dapat curi spoiler pon dah bleh jadi jurtawan ni.. haha..


Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari sebuah laman web, selain kereta Porsche ini, banyak lagi kereta yang disalut dengan emas antaranya BMW dan sebagainya. Kita di Malaysia ini baru nak berjinak-jinak dalam melakukan pelaburan (jika berminat untuk mendapat ilmu mengenai pelaburan, anda boleh lawati www.wajdiwealth.blogspot.com), tapi di Rusia berdasarkan maklumat yang saya perolehi, golongan-golongan Mafia atau kongsi gelap akan menghiasi kereta mereka dengan emas tulin bagi menunjukkan kehebatan dan kekuatan mereka selain menunjukkan kekayaan mereka. Kereta Porsche ini telah disalut dengan emas yang beratnya melebihi 40 pound. Emas jenis apa dan berapa karat dia, saya tak pula tahu. Emas 999 ker, 916 ker, apa-apa ker saya tak tahu. Tapi yang saya tahu, kalau emas tu bagi diberi kepada saya komfem kaya. hehehe. Kalau laa saya ada kereta ni, tempat duduk selain tempat duduk driver semua saya buang, bukan apa, klu ada banyak tempat duduk nanti ramai pulak nak tumpang kan?
hahahahahaha

Cuba teka bibir dan gigi sapa ni

Dikala petang yang amat la boring ini 15 march 2011 jam 1730, saya tercari-cari la benda pelik yang ingin dikongsi bersama. lepas tu terjumpa la bibir dan gigi sexxy ini. Sexxy kn???
Sexxy kan kan kan???
Cuba anda teka, bibir siapakah yang sexxy dan mengoda ini?
Ada sapa-sapa yang teringin nak cium bibir sexxy ini? hahahhahaa
Sebelum terus terlanjur... cuba tengok dulu gambar di bawah....


10...

9...

8...

7...

6...

5...

4...

3...

2...

1...

Malangnya... cinta yang anda ingin curahkan hanya kepada seekor ikan yang telah menjadi mangsa pemancing yang rakus.. hahaha
Ada pembaca yang tergoda dan terkecewa ker?
Besarkan kekuasaan tuhan yang masa esa yang telah mencipta ikan yang pelik ini?
Subahanallah....

Makluk-makluk pelik dijumpai selepas TSUNAMI

Gegaran gempa bumi 8.9 yang berlaku di negara matahari terbit (Jepun) telah menyebabkan kejadian tsunami baru-baru ini. Kejadian tsunami ini telah meragut ribuan nyawa yang tidak kira agama, bangsa, jantina dan umur. Walaupun kita sedia maklum, Jepun sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi, iaitu sebuah negara yang mengambil bermacam-macam langkah berjaga-jaga dalam usaha mengelak kejadian tsunami dan pelbagai malapetaka lain, namun negara ini masih mengalami kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan yang teruk. 2-3 hari kebelakangan ini, kesan radiasi daripada logi tenaga nuklier yang dibini di negara matahari terbit ini mula merebak disebabkan oleh gempa-bumi berkenaan. Jelas disini, betapa hebatnya teknologi dan kepandaian kita, kita masih tidak mampu melawan dan menandingi kekuasaan Tuhan yang maha esa. Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada ummat Islam yang terkorban dan ucapkan takziah kepada mangsa yang bukan beragama Islam. Hulurkanlah bantuan jika kita berkemampuan dari segi wang ringgit dan sebagainya. Namun kepada yang kurang berkemampuan, marilah kita mendoakan supaya mereka semua selamat dan tabah menghadapi dugaan ini.
Setiap kejadian ada hikmahnya. Seperti yang saya ingin berkongsi pada kali ini, selepas kejadian tsunami, ahli saintis menemui berbagai-bagai hidupan yang pelik dan unik. Jika anda seorang yang beragama islam, perkataan yang pertama yang perlu keluar dari mulut anda selepas melihat makluk-makluk pelik seperti di bawah ialah ALLAH HU AKBAR. Paparan gambar-gambar di bawah ini jelas menunjukkan kebesaran tuhan yang maha esa. Mungkin kita rasa kita dah lihat bermacam-macam makluk pelik di dunia ini, tetapi selepas kejadian TSUNAMI, baru kita dapat lihat, betapa besar bumi ini yang kita masih belum lagi dapat terokai dan melihat keseluruhan kehebatan ciptaan tuhan yang maha Esa.

kalau ketam ni di jual di restorent-restorent kat Malaysia ni, ada sapa-sapa berani nak pesan @ makan ketam macam ni?
Macam mana nak makan ketam ni yer? hehe

Nampak macam ikan yu, tapi bukan ikan yu. mungkin satu keluarga tapi lain mak, lain bapak dan lain nenek moyang la kot.. hehe.

tu mulut ker sirip dia yerk?
Saya pon tak pasti.

Kepada sesiapa yang suka sangat makan makanan eksotik, anda boleh cuba makan ikan ni sebagai menu pelik anda. Tu pon kalau berani la. Buat Ikan masak kukus supaya bentuk dan wajah ikan ni masih kelihatan walaupon selepas di masak.
Kepada yang masih tercari-cari ikan untuk dijadikan hiasan, boleh cuba pelihara ikan ini sebagai ikan hiasan. Asyik Arowana jer dalam akuarium tu, bosan la kan.. cuba sesuatu yang baru, unik dan pelik ini.. hehe


Kalau tgk kepada gigi ikan ini, anda cuba bayangkan la klu ikan ni ikan air tawar atau ikan yang tinggal di laut cetek.. ada lagi ker orang yang sanggup mandi laut atau mandi sungai???
Tambah-tambah lagi yang mandi berbogel (kepada kanak-kanak) dan mandi berbikini.  hehe

Selalunya klu beli kari kepala ikan, isi ikan yang ada pada kari kepala ikan tuh sikit ja. Klu ikan ini dijadikan kari kepala ikan, mesti banyak isi kat kepala ikan tu kan??
(sekali pandang, tgk muka dan hidung dia, mcm muka orang pon ada jgk kan??)

Kalau tengok depan tu.. macam ekor sotong, tp ini bukan sotong dan juga bukan ikan.
Saintis yang menjumpai makluk ini memanggil makluk pelik ini sebagai belut. saya sendiri pon tidak tahu mcm mana binatang ini boleh dinamakan belut. Anda tanya sendiri kepada saintis yang menamakan binatang ini sebagai belut.

Ini spesis ikan kecik, bukan berudu tau.
 Jangan suka-suka hari kata ikan ni berudu tau.
Nampak comel kan ini ni?
Badan leper mcm ikan pari atau ikan ketuuka (orang utara panggil ikan pari kecil tu sebagai ikan ketuka).

Saya jumpa ikan-ikan dan makluk-makluk pelik ini di dalam sebuah laman web yang menunjukkan kejadian-kejadian dan perkara-perkara pelik yang ditemui selepas tsunami.
Adakah anda rasa hidupan-hidupan seperti di atas ini cukup pelik?
Anda yang tentukan sendiri.
Allah maha besar dan maha esa.. kita tidak akn dapat melawan takdir dan kehebatan penciptaannya.

Sunday, March 13, 2011

Dulu-dulu pon orang sudah makan "gula-gula getah" (chewing gum).

Seorang arkeologi mahasiswa Inggeris telah membuat sesuatu penemuan yang agak pelik. Beliau menjumpai sepotong gula-gula getah yang berusia 5000 tahun. Ini mungkin gula-gula getah yang tertua pernah dijumpai di dunia. Yang peliknya, gula-gula getah ini tidak pulak hancur seperti gula-gula getah yang digunakan sekarang walaupun sudah ribuan tahun tertanam di dalam tanah.

Penemuan gula-gula getah prasejarah itu (zaman neolitik) amat aneh dan pelik bagi saya dan mungkin juga pelik bagi kepada semua pembaca http://www.pelikker.blogspot.com/. Gula-gula getah ini diperbuat daripada kulit kayu birch tar (mungkin sebab tu laa tak hancur-hancur walaupon dah ribuan tahun). Penemuan ini telah dibuat oleh Sarah Pickin, 23, semasa melakukan kerja cari gali di Yli-li, Findland. Semasa dijumpai, terdapat kesan gigitan pada gula-gula getah berkenaan. 


Mengunyah gula-gula getah telah bermula sejak zaman Greek Purba yang diperbuat daripada damar pokok damar wangi. Sesetengah sejarawan berpendapat, penggunaan gula-gula getah bermula sejak 9000 tahun dahulu di kawasan Eropah. Namun demikian, tiada bukti-bukti kukuh dan penemuan khusus yang menyokong penyataan tersebut.

Gula-gula getah moden yang digunakan pada hari ini telah diubahsuai daripada orang-orang Indian Amerika dimana mereka mengunyah resin yang diperbaut daripada getah pohon cemara. Pada sekitar 1850-an, masyarakat Amerika Syarikat telah menkomersilkan secara perlahan-lahan. Keberjayaan pengkomersilan ini bermula pada 1860-an apabila sejenis bahan yang dipanggil "Chicle" telah digunapakai sebagai bahan asas pembuatannya.

Sebahagian besar syarikat gula-gula getah pada hari ini telah beralih kepada penggunaan gula-gula getah sintetik dan hanya sebilangan kecil syarikat pembuat guna-gula getah pada hari ni yang masih menggunakan chicle 100%.

Apa pendapat anda?
Adakah ini sesuatu penemuan yang pelik atau suatu artikel yang pelik?
Sila berikan comment anda di ruangan yang disediakan atau anda boleh berkongsi artikel ini di dalam Facebook anda dengan "click" logo FB di bawah dah ikuti langkah-langkah seperti yang terpapar.

Wednesday, March 9, 2011

Menu makanan yang pelik dari negara jiran

Menu makanan yang saya rasakan amat unik dan pelik untuk saya kongsikan dengan pembaca. Kalau anda tidak percaya. anda boleh bacakan menu makanan ini satu persatu dari atas sampai ke bawah. Pasti ada yang ketawa sorang-sorang. Semasa saya berkunjung ke restorent makanan berkenaan di Solo Indonesia, saya juga ketawa dengan rakan-rakan yang pergi bersama lawatan ke Solo Indonsia. Tapi bila rasa masakan yang dijual di restorent berkenaan, baru saya dan rakan-rakan faham kenapa menu makanan dinamakan sedemikian rupa. Kepada pembaca yang memang berasal dari Solo Indonesia, mungkin karya kali ini cuma sebagai menunjukkan betapa banyaknya pengalaman yang saya dan rakan-rakan perolehi semasa di Indonesia dan betapa kami di sini rindu suasana di Solo.

Amat dan teramat pedas. hahaa.. Air mata, air idung semua rakan-rakan dari Malaysia yang berkunjung ke restorent berkenaan semua meleleh-leleh. Lelaki perempuan sama sahaja, sampai dah tak boleh nak cover lagi dah.. hahaha.
Kepada pembaca yang belum pernah berkunjung ke restorent berkenaan, saya jemput dan cabar anda semua supaya merasai makanan yang disajikan di restorent berkenaan.

Menunya pelik, makanan dan masakannya sedap dan unik bercampur pelik.. amatlah pedas masakannya.. rasanya kalau kita gigit cili padi pon tidak la rasa pedas sebegitu sekali. Sebab itu la saya rasa pelik, cili apa yang digunakan sampai masakannya terlalu pedas?
Rasa mcm nak curi resepi dari restaurant tersebut dan try masak kat kawan-kawan di malaysia ni sempena sambutan april fool. 
Adakah ini boleh diklasifikasikan sebagai perkara yang pelik?
Anda sebagai pembaca yang tentukan..

p/s: maaf kepada pembaca dari Malaysia yang mungkin kurang paham perkataan di dalam menu berkenaan kerana menu ini saya scan daripada menu yang asli tampa sebarang perubahan atau tokok tambah.

Monday, March 7, 2011

Pada suatu hari yang menyedihkan, ada laa sorang kawan baik ni yang kirim email kepada saya. bila ja terbaca karya yang dikirim oleh rakan saya ni.. terus hilang perasaan sedih dan boleh plak ketawa sorang-sorang. Mungkin sesetengah dari pembaca sudah membaca karya ini dan mungkin dah anggap perkara ni dah basi. tp kepada yang belum membaca karya ni... cuba la baca beramai-ramai dan tgk riaksi kawan-kawan korg.

cuba bayangkan klu binatang-binatang di dalam dunia ni boleh main facebook, mungkin korang akn terbaca coment2 seperti dibawah.

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau... buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000 000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Kalau lah binatang punyai akal fikiran.. mesti kita terjumpa komen-komen mcm ni dalam internet.. hahaha

Anda ada karya-karya yang boleh mencuit hati?
sudi-sudikan lah kirim kepada kami supaya kita boleh berkongsi bersama.

Sunday, March 6, 2011

Lagi-lagi negara jiran.

Sebelum ni saya ada banyak tgk rakan-karan yang tag gambar-gambar ni kat FB saya, saya tertanya-tanya sbb masih ada ke kat dunia ni orang yang makan orang?
tp bila tgk gambar gambar kat bawah ni saya betul-betul terkejut dan percaya masih ada orang yang makan orang.. tp...





bukan betul-betul makan manusia tp makan roti berbentuk manusia. Untuk kepada makluman semua pembaca "ROTI MANUSIA" ini dicipta oleh seorang mahasiswa bernama Kittiwat Unarrom (28 tahun) yang merupakan pelajar ijazah sarjana seni rupa. Semasa ditermu bual oleh pemberita, Kittiwat berkata:

People were shocked and thought that i was mad when they saw the works. But once they knew the idea behind it, they understood and became interested in the work itself, instead of thinking that I am crazy

Mcm2 makanan orang zaman sekarang ni. anda cuba bayangkan bentuk makanan pelik 10 tahun akan datang. nak rasa nikmat lagi, cuba bayangkan bentuk2 makanan yang anda rasa geli masa anda nak makan.. perhh.. syahdu kn?
hahaha

Gambar makana pelik dari negara jiran

Baru-baru ini kebetulan semasa saya tengok-tengok FB rakan, ternampak la foto album dia bercuti di Hatnyai Thailand. Nampak dia mmg happy (maklum la.. org tgh honeymoon). Tp selepas tgk gambar-gambar ni rasa nak marah pon ada sbb.........
nak tahu sebabnya?
Cuba tgk gambar di bawah..



So.. paham laa kan sbb apa saya rasa nak marah dia bila saya tgk gambar ni time nak makan?
Klu anda masih berselera utk makan lepas tgk semua ni.. wa tabik samu lu... hehe.. betol2 hardcore..hahaha.. tp klu ada sapa2 rasa nak termuntah tu.. maaf laa yerk..hehe