Pages

Sunday, March 13, 2011

Dulu-dulu pon orang sudah makan "gula-gula getah" (chewing gum).

Seorang arkeologi mahasiswa Inggeris telah membuat sesuatu penemuan yang agak pelik. Beliau menjumpai sepotong gula-gula getah yang berusia 5000 tahun. Ini mungkin gula-gula getah yang tertua pernah dijumpai di dunia. Yang peliknya, gula-gula getah ini tidak pulak hancur seperti gula-gula getah yang digunakan sekarang walaupun sudah ribuan tahun tertanam di dalam tanah.

Penemuan gula-gula getah prasejarah itu (zaman neolitik) amat aneh dan pelik bagi saya dan mungkin juga pelik bagi kepada semua pembaca http://www.pelikker.blogspot.com/. Gula-gula getah ini diperbuat daripada kulit kayu birch tar (mungkin sebab tu laa tak hancur-hancur walaupon dah ribuan tahun). Penemuan ini telah dibuat oleh Sarah Pickin, 23, semasa melakukan kerja cari gali di Yli-li, Findland. Semasa dijumpai, terdapat kesan gigitan pada gula-gula getah berkenaan. 


Mengunyah gula-gula getah telah bermula sejak zaman Greek Purba yang diperbuat daripada damar pokok damar wangi. Sesetengah sejarawan berpendapat, penggunaan gula-gula getah bermula sejak 9000 tahun dahulu di kawasan Eropah. Namun demikian, tiada bukti-bukti kukuh dan penemuan khusus yang menyokong penyataan tersebut.

Gula-gula getah moden yang digunakan pada hari ini telah diubahsuai daripada orang-orang Indian Amerika dimana mereka mengunyah resin yang diperbaut daripada getah pohon cemara. Pada sekitar 1850-an, masyarakat Amerika Syarikat telah menkomersilkan secara perlahan-lahan. Keberjayaan pengkomersilan ini bermula pada 1860-an apabila sejenis bahan yang dipanggil "Chicle" telah digunapakai sebagai bahan asas pembuatannya.

Sebahagian besar syarikat gula-gula getah pada hari ini telah beralih kepada penggunaan gula-gula getah sintetik dan hanya sebilangan kecil syarikat pembuat guna-gula getah pada hari ni yang masih menggunakan chicle 100%.

Apa pendapat anda?
Adakah ini sesuatu penemuan yang pelik atau suatu artikel yang pelik?
Sila berikan comment anda di ruangan yang disediakan atau anda boleh berkongsi artikel ini di dalam Facebook anda dengan "click" logo FB di bawah dah ikuti langkah-langkah seperti yang terpapar.

No comments:

Post a Comment