Pages

Tuesday, March 15, 2011

Makluk-makluk pelik dijumpai selepas TSUNAMI

Gegaran gempa bumi 8.9 yang berlaku di negara matahari terbit (Jepun) telah menyebabkan kejadian tsunami baru-baru ini. Kejadian tsunami ini telah meragut ribuan nyawa yang tidak kira agama, bangsa, jantina dan umur. Walaupun kita sedia maklum, Jepun sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi, iaitu sebuah negara yang mengambil bermacam-macam langkah berjaga-jaga dalam usaha mengelak kejadian tsunami dan pelbagai malapetaka lain, namun negara ini masih mengalami kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan yang teruk. 2-3 hari kebelakangan ini, kesan radiasi daripada logi tenaga nuklier yang dibini di negara matahari terbit ini mula merebak disebabkan oleh gempa-bumi berkenaan. Jelas disini, betapa hebatnya teknologi dan kepandaian kita, kita masih tidak mampu melawan dan menandingi kekuasaan Tuhan yang maha esa. Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada ummat Islam yang terkorban dan ucapkan takziah kepada mangsa yang bukan beragama Islam. Hulurkanlah bantuan jika kita berkemampuan dari segi wang ringgit dan sebagainya. Namun kepada yang kurang berkemampuan, marilah kita mendoakan supaya mereka semua selamat dan tabah menghadapi dugaan ini.
Setiap kejadian ada hikmahnya. Seperti yang saya ingin berkongsi pada kali ini, selepas kejadian tsunami, ahli saintis menemui berbagai-bagai hidupan yang pelik dan unik. Jika anda seorang yang beragama islam, perkataan yang pertama yang perlu keluar dari mulut anda selepas melihat makluk-makluk pelik seperti di bawah ialah ALLAH HU AKBAR. Paparan gambar-gambar di bawah ini jelas menunjukkan kebesaran tuhan yang maha esa. Mungkin kita rasa kita dah lihat bermacam-macam makluk pelik di dunia ini, tetapi selepas kejadian TSUNAMI, baru kita dapat lihat, betapa besar bumi ini yang kita masih belum lagi dapat terokai dan melihat keseluruhan kehebatan ciptaan tuhan yang maha Esa.

kalau ketam ni di jual di restorent-restorent kat Malaysia ni, ada sapa-sapa berani nak pesan @ makan ketam macam ni?
Macam mana nak makan ketam ni yer? hehe

Nampak macam ikan yu, tapi bukan ikan yu. mungkin satu keluarga tapi lain mak, lain bapak dan lain nenek moyang la kot.. hehe.

tu mulut ker sirip dia yerk?
Saya pon tak pasti.

Kepada sesiapa yang suka sangat makan makanan eksotik, anda boleh cuba makan ikan ni sebagai menu pelik anda. Tu pon kalau berani la. Buat Ikan masak kukus supaya bentuk dan wajah ikan ni masih kelihatan walaupon selepas di masak.
Kepada yang masih tercari-cari ikan untuk dijadikan hiasan, boleh cuba pelihara ikan ini sebagai ikan hiasan. Asyik Arowana jer dalam akuarium tu, bosan la kan.. cuba sesuatu yang baru, unik dan pelik ini.. hehe


Kalau tgk kepada gigi ikan ini, anda cuba bayangkan la klu ikan ni ikan air tawar atau ikan yang tinggal di laut cetek.. ada lagi ker orang yang sanggup mandi laut atau mandi sungai???
Tambah-tambah lagi yang mandi berbogel (kepada kanak-kanak) dan mandi berbikini.  hehe

Selalunya klu beli kari kepala ikan, isi ikan yang ada pada kari kepala ikan tuh sikit ja. Klu ikan ini dijadikan kari kepala ikan, mesti banyak isi kat kepala ikan tu kan??
(sekali pandang, tgk muka dan hidung dia, mcm muka orang pon ada jgk kan??)

Kalau tengok depan tu.. macam ekor sotong, tp ini bukan sotong dan juga bukan ikan.
Saintis yang menjumpai makluk ini memanggil makluk pelik ini sebagai belut. saya sendiri pon tidak tahu mcm mana binatang ini boleh dinamakan belut. Anda tanya sendiri kepada saintis yang menamakan binatang ini sebagai belut.

Ini spesis ikan kecik, bukan berudu tau.
 Jangan suka-suka hari kata ikan ni berudu tau.
Nampak comel kan ini ni?
Badan leper mcm ikan pari atau ikan ketuuka (orang utara panggil ikan pari kecil tu sebagai ikan ketuka).

Saya jumpa ikan-ikan dan makluk-makluk pelik ini di dalam sebuah laman web yang menunjukkan kejadian-kejadian dan perkara-perkara pelik yang ditemui selepas tsunami.
Adakah anda rasa hidupan-hidupan seperti di atas ini cukup pelik?
Anda yang tentukan sendiri.
Allah maha besar dan maha esa.. kita tidak akn dapat melawan takdir dan kehebatan penciptaannya.

No comments:

Post a Comment