Pages

Monday, July 11, 2011

JUTAWAN YANG SELALU MENJADI JUTAWAN

Kalaulah kita dapat menjadi jutawan, apa yang kita akan buat dengan duit tu?
beli rumah, beli tanah, beli kereta atau kawin lagi 1? hehehe.
Di sini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua CEO syarikat-syarikat kat malaysia ni yang mendapat pendapatan yang tinggi setiap bulan. Setiap bulan jutaan ringgit. Pasti dan memang pasti, jika mereka ni tidak tidak membayar zakat tertinggi di Malaysia ini, mereka pasti golongan yang membayar cukai tertinggi di Malaysia. Yang pertama:
CEO yang mendapat gaji yang terbesar di Malaysia dipegang oleh Lim Kok Thay. Beliau merupakan seorang tokoh ahli perniagaan yang terkemuka di Malaysia. Beliau merukan CEO kepada Genting Highland Bhd. Pendapatan tahunan beliau adalah sekitar RM86.5 juta pada 2007. Secara purata pada tahun 2007, beliau mendapat RM7.2 juta sebulan atau RM1.8 juta seminggu iaitu bersamaan RM260 000 setiap hari. Dengan pendapatan harian beliau ini, beliau berkemampuan untuk membayar gaji pekerja-pekerja beliau yang dibayar gaji sekitar RM2 000 sebulan selama 10 tahun. Pendapatan yang diperoleh oleh beliau tidak termasuk belanja perjalanan, kemudahan-kemudahan mewah, kenderaan mewah syarikat dan berbagai-bagai lagi. Lim Kok Thay merupakan anak lelaki kepada  pengasas dan pengurusi Genting iaitu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau mengambilalih teraju pemerintahan daripada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 2006.

Bagi kategori syarikat GLC pula, CEO  Bumiputra-Commerce Holdings(CIMB), Datuk Nazir Razak menjadi CEO syarikat berstatus GLC yang mendapat gaji yang tertinggi iaitu sekitar RM9.35 juta setahun.
Datuk Nazir adalah orang yang utama di sebalik kejayaan luar biasa CIMB melalui penggabungan, pengambilalihan dan pengembangan produk. Mungkin ketokohan beliau diwarisi daripada bapanya sendiri iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Abang beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak.

Selain  Lim Kok Thay dan Datuk Nazir Razak terdapat beberapa lagi CEO dan Top Executive di Malaysia yang mendapat pendapatan tahunan yang tinggi antaranya Teh Ah Lek (Public Bank – RM6.2 juta), Rozali Ismail (Puncak Niaga – RM5.2 juta), Ralph Marshall (Astro – RM3.4 juta), Amirsham Abdul Aziz (Maybank – RM2.7 juta), Ahamad Zubir Murshid (Sime Darby – RM2 juta), Yusli Mohamed (Bursa Malaysia – RM1.97 juta) and Lodin Wok Kamaruddin (Bousted Holdings – RM1.85 juta).

Orang kata, besar periuk besarlah keraknya, tp saya pula akan kata biarlah keraknya banyak asalkan nasinya banyak dan tidak perlu memasak 2 3 kali untuk dapat nasi yang banyak. Faham maksud saya?
Klu tak faham, fikir-fikirkanlah sendiri. hehhehee