Pages

Wednesday, March 9, 2011

Menu makanan yang pelik dari negara jiran

Menu makanan yang saya rasakan amat unik dan pelik untuk saya kongsikan dengan pembaca. Kalau anda tidak percaya. anda boleh bacakan menu makanan ini satu persatu dari atas sampai ke bawah. Pasti ada yang ketawa sorang-sorang. Semasa saya berkunjung ke restorent makanan berkenaan di Solo Indonesia, saya juga ketawa dengan rakan-rakan yang pergi bersama lawatan ke Solo Indonsia. Tapi bila rasa masakan yang dijual di restorent berkenaan, baru saya dan rakan-rakan faham kenapa menu makanan dinamakan sedemikian rupa. Kepada pembaca yang memang berasal dari Solo Indonesia, mungkin karya kali ini cuma sebagai menunjukkan betapa banyaknya pengalaman yang saya dan rakan-rakan perolehi semasa di Indonesia dan betapa kami di sini rindu suasana di Solo.

Amat dan teramat pedas. hahaa.. Air mata, air idung semua rakan-rakan dari Malaysia yang berkunjung ke restorent berkenaan semua meleleh-leleh. Lelaki perempuan sama sahaja, sampai dah tak boleh nak cover lagi dah.. hahaha.
Kepada pembaca yang belum pernah berkunjung ke restorent berkenaan, saya jemput dan cabar anda semua supaya merasai makanan yang disajikan di restorent berkenaan.

Menunya pelik, makanan dan masakannya sedap dan unik bercampur pelik.. amatlah pedas masakannya.. rasanya kalau kita gigit cili padi pon tidak la rasa pedas sebegitu sekali. Sebab itu la saya rasa pelik, cili apa yang digunakan sampai masakannya terlalu pedas?
Rasa mcm nak curi resepi dari restaurant tersebut dan try masak kat kawan-kawan di malaysia ni sempena sambutan april fool. 
Adakah ini boleh diklasifikasikan sebagai perkara yang pelik?
Anda sebagai pembaca yang tentukan..

p/s: maaf kepada pembaca dari Malaysia yang mungkin kurang paham perkataan di dalam menu berkenaan kerana menu ini saya scan daripada menu yang asli tampa sebarang perubahan atau tokok tambah.

No comments:

Post a Comment